" quality is much more important than quantity. " #4
Saturday, 26 January 2013
Best sangat ke pegang duit BANYAKBANYAK?
" quality is much more important than quantity. " #4
Posted by contenganjalananhidupku at 09:09 0 comments
Sunday, 20 January 2013
Lirik Wo De Hua Yu Ge- Bedroom Sanctuary 我的华语歌
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan heyy..
so. post kali ini nak kongsi lirik lagu.
disebabkan aku sangat excited bila jumpa bed room sanctuary nyanyi lagu cina.
timbullah idea utk kongsikan lirik dan maknnya sekali.
*sebenarnya dah lama tinggal bahasa cina. da berkarat dah pun. huh.
so. ampun la kalau ada yg tersilap.
selama mencuba!
dan lupa pulak. thanks a lot to GOOGLE TRANSLATE. ahah.
(Ralph Waldo Emerson)
Posted by contenganjalananhidupku at 12:07 0 comments
Tuesday, 15 January 2013
Baitul Ehsan Sabak Bernam.
bismillahirrahmanirrahim..
pusat perlindungan wanita baitul ehsan.
tempat ini terletak di sabak bernam.
memang tak pernah tahu pun ada tempat ni.
dan tak pernah tahu pun tempat ni boleh dilawati.
alkisah. pada disember 2012.
join tean Nisa' pergi tempat ini.
asalnya niat nak habiskan cuti akhir tahun dengan something yang bermanfaat.
dan sebab ajakan akak Nisa' yang kata banyak lagi tempat kosong.
so aku dengan adikberadik semua pun join je la.
bertolak pagi dan sampai lebih kurang dah nak tengah hari.
sebelum bertolak hari tu ade goggle kat internet pasal tempat ni.
tapi tak banyak info pun.
just tau dia pusat perlindungan.
so, fahamfaham je la kan.
and hati aku beria-ia nak tau ceritacerita diorang.
sebab aku ni bukan la jenis yang peramah semua orang aku kenal.
kat sekolah pun rapat dengan rakanrakan kelas je.
jadi memang tak pernah la rapat dengan budakbudak nakal.
sebab aku takut. tak ade la. kawan yang membentuk kita kan.
dan aku rasa aku xkuat iman kot kalokalo tersilap langkah.
macam manalah masa depan kan.
bila sampai saje tempat tu.
ade la sikit briefing daripada staf kat situ.
antara benda penting yang aku ingat.
1. no phone.
2. jangan sesekali ambil no. phone diorang atau bagi no kita kat diorang.
3. jangan cakap (berkomunikasi) dengan diorang di luar kawalan fasifasi.
4. ambillah seberapa banyak pengajaran
5. berilah mereka semangat sebab benda yang paling diorang takut ialah berhadapan dengan masyarakat. sebab fahamfaham je la kan. masyarakat dah label diorang macammane.
lepas je taklimat tu. phone kitorang semua diserahkan kat pondok guard.
memang dari atas bas lagi phone dengan kamera bagi sesiapa yang bawa dah diserahkan pada akk Nisa'.
lepas tu, kami dihidangkan dengan nasi lemak. sangat sedap.
pastu, nampak la diorang buat barisan kat susur gajah tempat tu.
ade yang baju pink. baju biru pekat. baju biru cair. dengan baju ungu.
cam pelik jugak la. banyak nya warna.
tapi memang semua nampak macam budak sekolah sebab baju kurung plain dengan tudung sekolah warna putih. tapi bila tengok betulbetul, memang ada yang dah lanjut usia.
sebab ada je yang dah kahwin.
then. ada taklimat lagi sekali.
tapi aku tak ingat la jawatan akak bagi taklimat tu apa kat situ.
orang atasan tempat tu.
die kata phone memang bahaya sangat bawak dalam tu.
sebab nya dah banyak insiden dan helah yang penghuni kat situ cuba buat nak berhubung dengan orang luar.
kes curi phone letak kejap je beg, tautau phone dah lesap.
pastu. diorang bagi macammacam alasan kata penting la kejap la supaya diorang leh guna phone.
so. aku rasa bendebende cenggitu kat manamana pun berlaku kan.
asal nama tempat kena tahan,kena duduk dalam kawalan.
memang tu la perkara lazimnya.
selepas itu,ada ceramah.
ustaz apa dan ustzh apa dirahsiakan.
diorang suami isteri.
ceramah tu base untuk sedarkan kitorang akan kesilapan yang lalu.
muhasabah diri.
sebesar mana pun dosa kita.
Allah tetap ampunkan.
itu janji Allah.
dan masa tu. kitorang duduk sebelahmenyebelah dengan penghuni Baitul Ehsan.
memang mata majority merahmerah.
tapi aku taklah. wallahua'lam.
tak semestinya kita tak nangis kita tak regret kan. tak gitu?
then,solat jamak zuhur-asar dengan makan tengah hari.
then masuk tempat tadi.
slot seterusnya.
ice breaking.
kitorang diberikan 'duit' tipu je.
aku dapat RM5 rasanya masa tu.
then mengikut harga yang dia tetapkan kitorang kena buat group baru.
memang semua menggelabah lah cari team.
then ada makcik sebab usia dia mmg aku layak panggil acik.
macam malas je nak layan game segala bagai.
bagi dia itu untuk budak remaja je kot.
diorang berdiri je kat hujung kat tepi bilik tu.
time tu memang terbitlah rasa ingin tahu aku yang sangat tinggi sejarah penghuni kat sini.
atas sebab apa. apa kesalahan diorang.
mana tak nye. takkan lah dah berumur pun sukarela masuk situ kn.
then time tu jugak la nampak sikit kepimpinan kakak aku,
ahah. cool gila kakak aku sorang nih.
then, lepas main.
ade wat group baru.
kitorang kena berkongsi suka dan duka sepanjang hidup.
and itulah part yang aku memang tunggu.
interesting.
tugasan dia mudah je.
kongsikan pengalaman paling manis dan paling pahit kita.
simple kan.
dan time tu aku memang tak ada idea sangatsangat nak kongsi apa.
sebab aku rasa life aku okeyokey saje.
tak rasa merudum sangat.
tak rasa naik sangat.
balance je.
lagi pun. umur aku sangat lah muda,
kalau nak dibanding dengan lain.
tak banyak pengalaman.
setiap group dapat seorang akak fasi dari Nisa'.
aku tak ingat nama akak tuh. ahah. ampun kak.
tapi aku ingat story dia.
dia belajar kat al-Azhar, Mesir.
course Arab. xsilap.
pnglaman manis dia. dapat jejakkan kaki kat bumi Mesir.
*time tu start lah semangat membuakbuak nak fly overseas utk study. berangan kejap.ahah.
pnglaman pahit dia. dia terpaksa repeat sem sebab markah dia tak menepati uni dia.
sampai 2 tahun la jugak dia kene extend course dia.
itu cerita al-Azhar la kan. sape tak tau universiti tu memang sangatsangat menjaga kualiti student.
sangatsangat strict.
sebab ustaz aku pernah belajar kat sana.
memang sistem diorang lain sikit. sebab universiti tu sangat berprestij.
sebab tu kena jaga prestasi dan kualiti.
dan alhamdulillah. akak tu berjaya juga. dan sedang mencari jodoh. ahah.
then satusatu cerita dan hikayat keluar.
time tu group aku dapat dua orang yang tengah sarat mengandung.
berbaju pink.
tapi diorang cite macam nak tak nak la.
maybe malu kot.
agi pun satu group lebih kurang 10 orang la jugak.
so mmg tak dengar sangat masa diorang bercerita tu.
tapi dalam group aku tu memang ade yang hapenning. dak B.E. la. bkn Nisa'.
tapi bila part diorang nak cerita automatik muka berubah.
ada sorang nih.
pengalaman pahit dia.
dia tak pernah jumpa ayah dia sejak kecil
time tu mmg dia nangis la.
and time tu aku rasa besyukur sangat bukan itu dugaan yang aku terpaksa lalui dalam hidup aku.
dia kata bila dia tanya mak dia pasal ayah.
mak dia buat tak endah je. taknak cerita perkara yang benar.
then, time tu aku realise. yang kadangkadang masalah boleh timbul dengan sangat banyak kalau base kita iaitu keluarga kita sendiri tak strong.
mula la part aku takut nak kahwin. ahah. mengelamun kejap.*
dan majoriti pengalaman manis penghuni B.E. ialah
saatsaat indah diorang dengan keluarga.
ada yang rindu anak la.
rindu parents la.
rindu siblings.
seram weh. sebab diorang ada yang dah lame tak jumpa family.
serius kesian.
major memang masalah family yang tarik diorang masuk situ.
and paling kurang pun.
diorang kena habiskan tinggal kat situ 6 bulan.
tapi boleh extend kalau diorang nak.
kalau diorang sukarela.
penghuni kat situ tinggal dengan 2 sebab:
1. sukarela
2. perintah mahkamah
dan penghuni semua orang selangor. kalau tak tinggal Selangor pun. salah satu parents diorang mesti selangor. sbb tempat tu tak akan terima orang yang bukan anak selangor.
tapi ada beberapa yang dari Terengganu.
atas perintah mahkamah.
mmg tragis sangat cite diorang.
dan hari tu.
aku berkesempatan.
berbual panjang masa program tu.
dengan sorang akk. tua setahun dengan aku.
dia orang terengganu. atas perintah mahkamah dia ada kat situ.
aku pun start la tanyatanya soal hidup. soal journey dia yang aku mmg tak pernah terbayang.
dia kata time dia 14tahun. taksilap la.
ayah dia suruh dia kahwin.
aku dah start terkejut beruk.*
dia memang dah ada calon. pakwa dia la kot.
tapi bbrapa hari sebelum dia nikah.
mak dia tak suka calon suami yang dia sayang. (ni ayat akak tu)
then, ada la pak sanggup gantikan.
maka bermulalah life dia sebagai seorang isteri.
sangat la tragis.
aku tanya dia, macam mana dengan pelajaran.
dia kata dia tak pernah amik UPSR pun.
pergh. terngaga rasenye.
dalam otak aku. orang kampung kn, biasalah kahwin awal.*
pastu aku tanya macam mana boleh tercampak kat sini.
another story yang buat aku terngaga besar!
dia dituduh berkhalwat dengan lelaki lain.
dan dia kata dia diperangkap.
sumpah kesian sangat aku tengok dia.
time tu mmg dia dah kesat air mata dia.
sebab dia membayangkan kejadian tu berlaku.
abang ipar dia yang perangkatp dia.
sebab menurut dia keluarga suami dia memang tak suka dia.
terseksa nya hidup dia.
aku sangat la jakun dengan ceritacerita macam ni. sbb selalu tengak kat tv je.
sekali kat depan mata mmg terbeliak mata aku.
then dia dipanggil 10kali ke mahakamah untuk dibicarakan.
dan dia tak hadir.
jangan tanya la kenapa kan. aku pun tak berani nak tanya.*
oleh sebab 10 kali tak hadir.
ayah dia diperintahkan untuk masuk penjara.
tapi dia tak sampai hati. so dia serah diri untuk terima hukuman selama 6bulan.
sampai situ sahaja cerita yang dia sempat dia kongsi dengan aku.
then, kitorang maen sukaneka pulak.
the rest is history.
aku sempat la jugak tanya salah sorang penghuni kat situ.
ada tak yang mengandung tapi sebnarnya ada suami.
then dia jawab ada dengan relaks.
aku time tu terasa rahang aku jatuh. terkejut sangat.
kenapa dengan suami diorang? aku tanye.
dia kata ada yang masuk penjara.
ada yang masuk ape ntah nama tempat uw. tapi lebih kurang utk orang bermasalah la cam keskes dalam B.E. ni. bezanya untuk lelaki.
sangat la tragis.
lagi pun segala kos memang ditanggung sepenuhnya. mmg senang la kan.
tapi yang memang umur muda gila uw memang sangat terkejut la tengok diorang.
dalam group aku pun, ada yang baru lepas pantang.
pergh. muka relaks gila cakap.
dia baru form4 kot.
dah ada anak. dia kata anak dia kat taska.
kat situ memang ada taska untuk babybay bagi penghuni yang tunggu tempoh hukuman habis.
tapi tu lah.tak tau la diorang mmg dah betulbetul insaf ke tak kan.
hati manusia kan Allah yang pegang.
tapi yang ada anak luar nikah nih. benda yang diorang memang takut nak berhadapan dengan masyarakat.
yelah. macam mana lah keadaan kendong anak kat kampung tu orang pandang kan.
sebab orang kampung mesti la tau dia tak nikah lagi kan..
ada sorang nih.
dia lagi suka duduk kat situ daripada rumah.
sebab kalau balik rumah.
mmg dia dicemuh dan mak dia suka membebel kat dia.
berdarah telinga. bak kat budak tu.
huh. dahsyat nya hidup diorang.
yela.orang dah buat salahkan.
nak berundur sekali takboleh.
nak berubah. kalo berubah sekali pun.
orang tetap cakapcakap.
tetap mengumpat diorang.
mulut manusia kan. mane pernah senyap.
so. ni mesej utk diri sendiri dan orang lain.
give others chance to improve themself.
and don't judge a book by its cover.
mcm cite orang pregnant tadi.
tak semestinya dia pakai baju pink. tinggal kat Baitul Ehsan.
dia mengandung anak luar nikah kan. tak gitu?
jadi sangatlah banyak pengajaran aku dapat hari tu. alhamdulillah.
dan aku sangatlah tak pandai nak pujuk orang yang tengah nangis sebnarnya. ahah. malu sendiri.*
tapi aku memang kesian la sebab latar belakang hidup diorang yang membentuk diorang kan.
and aku rasa someone need someone else, the right person supaya tak buat salah masa dugaan datang bertubutubi.
macam kisah tadi. kalo dia pergi court. mungkin dia boleh bela diri.
tapi sebab dia tak pergi. wallahua'lam.
kalau aku la ade kat hidup dia masa kejadian yang sangat la besar dugaan nya. maybe aku dapat nasihat dia. untuk bertindak dengan rasional.
the most important lesson is a child that is growing up need his or her family very much.
dan jangan sesekali libatkan anak dengan masalah suami isteri. sangat penting.
then ada sedikit buah tangan kitorang dapat daripada pihak diorang dan Nisa'.
dapat button badge.
akhir sekali, perjalanan pulang lah. ahah.
alhamdulillah semua berjalan lancar.
thanks all of you.
Baitul Ehsan Sabak Bernam.
pengalaman dan pengajaran.
The world is a world-wide class. Use it wise. -HLOVATE #2
Posted by contenganjalananhidupku at 12:24 4 comments
zonaezonae
bismillahirrahmanirrahim..
zonae? pelik kan name tu. mmg pun.
kira nama pena la kan.
sbb tidak berminat untuk kongsikan maklumat diri.
tapi berminat untuk berkongsi perjalanan hidup ini.
freshy dlm berblogging.
yeah,actually blog sangat membantu dalam mencari info dan maklumat.
so, that's why i'm here.
to share. to learn. to give others benefits.
inshaAllah.
salam perkenalan.
" hidup untuk memberi. jangan tunggu dihargai. " #1
Posted by contenganjalananhidupku at 10:35 0 comments